Thursday, March 4, 2010

ini perfume aku........

yg paling ku gemari adalah celebre dari AVON...tp oleh kerana hadiah dr kawan spt Bvlgari tu...aku pun suka jugaklah coz harganya mahal gila......dan mungkin pas ni mmg xkan ku miliki lagi...tq Dr atas hadiah ini...

yang lain2nya..aku beli y murah2 sj..reject dr kilang...nnt aku share perfume y reject tu nextime

"SMART"

KITA sering kali mendengar istilah “SMART” yang digunakan dalam melaksanakan pelbagai urusan. Pada umumnya sekiranya istilah tersebut ditujukan kepada manusia maka ianya membawa pengertian bahawa seseorang individu itu perlu menggunakan daya intelektualnya serta digabung dan diimbangkan dengan aspek fizikal dan spiritual supaya segala pilihan dan tugasan yang dibuat dapat menghasilkan sesuatu yang terbaik serta memberi faedah tanpa sebarang pembaziran.

Pada penulisan saya kali ini saya cuba menjadikan perkataan “’SMART” sebagai satu perkataan akronim serta membuat huraian bagaimana perkataan tersebut dapat menjadikan satu refleksi dalam urusan kehidupan harian kita.

Pada saya “SMART” membawa pengertian Sentiasa Mahu Ambil Risiko dan Tanggungjawab. Huraiannya adalah seperti berikut:-

S (Sentiasa) – Sentiasa membawa pengertian sesuatu yang dilakukan itu perlulah secara konsisten atau berterusan. Kejayaan tidak boleh dicapai hanya dengan semalaman tetapi melalui ketekunan yang diamalkan setiap hari sedikit demi sedikit secara berterusan. Pepatah melayu ada mengatakan “Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.”

Usaha secara berterusan setiap hari dapat mengurangkan tekanan. Tekanan akan terasa sekiranya sesuatu tugasan itu dibuat hasil daripada tangguhan kerja dari masa yang lalu.

M (Mahu) – Kemahuan adalah punca segala kejayaan. Ianya lahir dari jiwa yang suci. Kemahuan juga ada kaitannya dengan matlamat hidup. Seseorang yang mempunyai matlamat sama ada matlamat jangka panjang atau matlamat jangka pendek akan sentiasa bermotivasi dan berkeinginan untuk terus berusaha ke arah kejayaan berketepatanlah dengan pepatah melayu berbunyi ” di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.”

A (Ambil) – Segala keinginan tidak akan tercapai sekiranya kita tidak melakukannya. Dengan lain perkataan, sekiranya seseorang itu tidak mengambil inisiatif untuk melaksanakan segala yang diidamkan maka ianya hanya akan wujud dalam imaginasi dan ilusi sahaja. Oleh itu tindakan harus diambil untuk merealisasikan matlamat yang menjadi hasrat dalam jiwa kita. “Bulat tidak akan datang menggolek dan pipih tidak akan datang melayang” tanpa usaha yang gigih.

R (Risiko) – Risiko membawa maksud cabaran. Kehidupan ini penuh dengan cabaran. Seseorang yang inginkan kejayaan harus sanggup menghadapi cabaran. Cabaran dapat menggerakkan kita ke arah kehidupan yang lebih dinamik. Manusia ingin mendaki Gunung Everest kerana ianya penuh dengan cabaran. Cabaran juga akan mematangkan seseorang itu dalam meniti usianya.

T (Tanggungjawab) – Tanggungjawab adalah sifat yang amat diperlukan pada setiap individu. Seseorang yang bertanggungjawab akan berusaha untuk melakukan sesuatu tindakan yang dapat memberi faedah kepada dirinya, keluarga, masyarakat dan negara. Seseorang yang bertanggungjawab juga akan cuba mengelak membuat sebarang tindakan yang boleh mendatang kerugian serta keburukan.

Dari huraian yang ringkas tadi kita dapati seseorang yang “SMART” adalah mereka yang sentiasa mahu ambil risiko dan tanggungjawab.

Sebagai seorang pelajar, anda perlulah sentiasa mempunyai keinginan untuk menimba ilmu pengetahuan tanpa rasa jemu. Dalam proses menimba ilmu pengetahuan sudah tentulah anda akan menempuh pelbagai cabaran.

Sebagai seorang insan anda harus cekal menghadapi cabaran. Cabaran adalah merupakan mainan dan asam garam dalam kehidupan. Kesabaran adalah ubat yang paling utama dalam menghadapi cabaran dan kesabaran itu juga adalah separuh daripada iman.

Sebagai seorang pelajar anda juga perlulah bertanggungjawab di atas segala tindakan. Anda perlulah percaya serta yakin terhadap kebolehan diri sendiri. Sekiranya anda yakin dan bertanggungjawab di atas segala tindakan yang anda lakukan, maka insyaAllah tindakan yang akan anda ambil itu adalah sesuatu yang diredhai Allah.

Oleh itu lakukan sesuatu tindakan itu dengan hati yang jujur dan ikhlas, tanpa dipaksa dan dengan penuh rasa tanggungjawab. Sebagai seorang guru pula sifat berani mengambil risiko dan tanggungjawab adalah merupakan sifat yang paling mulia. Sesungguhnya golongan guru sentiasa menanggung risiko dan tanggungjawab di dalam melaksanakan tugas mereka.

Risiko dan tanggungjawab ini dapat dilihat melalui pelbagai perancangan dan aktiviti yang dijalankan di sekolah-sekolah ke arah mewujudkan pelajar-pelajar yang cemerlang. Mereka lakukan ini tanpa mengira masa, wang ringgit dan tenaga.

Sesungguhnya seseorang yang takut pada risiko bukan sahaja membantutkan segala kreativiti yang ada pada diri mereka malah ianya merupakan penghalang ke arah proses anjakan paradigma.

Berdasarkan huraian di atas adakah anda seorang yang “SMART”? Buatlah satu refleksi diri sendiri berdasarkan ciri-ciri yang dihuraikan di atas.

*Sumber: DR. ISMAIL ZAIN [Selamat Pagi Cikgu - Utusan Malaysia]

Tuesday, March 2, 2010

Elianto


Elianto....
Produk kecantikan dan penjagaan diri untuk wanita yang sophisticated. di atas adalah serba-sedikit produk yang saya gunakan. hair serum : amat bgs untuk penjagaan rambut... selepas menggunakan apa2 sahaja syampu kegemaran anda.

Nivea



Hai semua.......

Aku ada masalah dalam mencari barang keperluan diri, aku akan mencari kebaikan produk itu terlebih dahulu dalam internet dan mencari penggunanya yang memberi testimoni. Kata orang, sesuatu produk mungkin tidak serasi dengan kita, tetapi belum cuba belum tahu...so, untuk sesiapa yang mempunyai tabiat macam aku, ini ada beberapa produk yang aku guna n boleh share bersama.

nivea uv protection body lotion, amat baik untuk memelihara kulit anda dari d cemari oleh sinar UV yang kini makin rancak memancarkan sinarnya...penipisan lapisan ozon boleh menyebabkan penyakit kulit dan terutamanya kulit asia yang memerlukan perlindungan yang lebih. Banana sport ada 2 pilihan 1 yang tidak berminyak (adalah untuk kegunaan perlindungan yang kering) manakala yang berminyak adalah untuk perlindungan UV semasa bermain air. so, saya pakai yang berminyak ini kerana saya gemar aktiviti air. Tidak salah juga untuk aktiviti kering tetapi anda akan rasa tidak selesa oleh kerana ia berminyak.