Thursday, April 14, 2011

cinta kami



alhamdulillah....tiada jata dapat dilafazkan hanya kesyukuran memanjat padaMu yang Esa. Semoga dengan kehadiran kurniaMu ini dapat mengeratkan lagi hubungan kami. Semoga juga ummat Mu ini akan lahir dengan iltizam yang penuh di dada untuk menegakkan agamaMu ya Allah.......

5hari lepas, aku terselak helaian surah Al-Furqan.... sangat syahdu pengertian makna surah ini.... menceritakan bagaimana penentangan yang dilakukan oleh orang kafir terhadap dakwah Rasulullah s.a.w. Terlintas dibenakku akan nama surah ini...al-Furqan...... sangat manis bunyinya....tambahan pula maksudnya adalah nama lain untuk al-Quran.... InsyaAllah sekiranya aku dikurnia zuriat lelaki...dengan keizinanNya...aku akan meletakkan nama Furqan...semoga dia bakal menjadi seorang penegak Agama dan corak hidupnya dipimpin oleh al-Quran dan sunnah....amin...

Friday, April 1, 2011

permata hatiku

Syukur ke hadrat Ilahi......
27 mac 2011...... perasaan teruja untuk memeriksa apa yang terjadi pada hormon aku makin melonjak-lonjak. Semua simptom dah ada.....2 hari ini asyik penat badan, terasa macam nak muntah, buat perkara pelik.....

MY NEW LIFE

alhamdulillah......
Tepat jam 10 malam, 1 rabiulawal 1531 bersamaan 4 februari 2011 jatuh pada hari jumaat, maka dengan secara rasminya aku bertukar status dari Cik pada Puan.
Di saksikan oleh semua sanak-saudara oleh kedua belah keluarga kami...hanya dengan sekali lafaz aku sah sebagai isteri kepada ISMARUDIN ISMAIL. Terima kasih abang di atas sebuah penghidupan baru buat ayang.
Abang menitiskan air mata tatkala lafaz yang dikeluarkan telah disahkan oleh babo.... walaupun ada sedikit kesilapan semasa melafazkan akad nikah tetapi sekiranya babo yang telah sah kan semua orang yang menyaksiaknnya pun mengesahkannya...maka barokallah....