Senarai Barangan keperluan Asas bayi
1. Pakaian
-Baju lengan panjang
-Baju lengan pendek
-seluar panjang
-seluar pendek
-set sarung tangan dan kaki
-barut
2. Peralatan mandi
-tuala
-besen
-cecair mandian
-bedak bayi
-minyak bayi
3. Peralatan tidur
-selimut
-kelambu
-alas tilam
-getah
-set tilam
-katil
4. Peralatan penyususan bayi
-botol susu
-berus botol
-Breast pump
5. Peralatan Penukaran lampin bayi
-kain lampin
-lampin pakai buang
-pin
-seluar plastik
ok ini pulak list mengikut priority dan mengikut pengalamanku pulak..
Priority:
1. Baju baby
(perbanyakkan seluar panjang tapi tangan pendek..(sbbnya kalau awal2 kan nak bedung baby, jd tak perlu tangan panjang..nnt panas.. kalau umah panas bykkan jenis berlubang, baju comel2 kiut2 nie boleh dipakai utk kuar berjalan..kalau dlm pantang tu nak jalan ke mana pun kan.. )
2. Topi
(topi yang jenis lembut tu..sbb nak tutup kepala baby lepas mandi, in case tak beli selimut yang ada hood) lagi satu nak pakai time gi hospital/klinik utk imunisasi..)
3. Sarung tangan & stokin
(perbanyakkan yang lubang2..so udara boleh masuk..tak la berpeluh2 baby tu)
4. Barut
(daku suka beli yang bertali, bukan zap-on... sbb nya kalau zap-on tu mcm terlalu kuat..takut baby sakit perut..satu lagi babyku selalu nye kecik je..kalau zap-on tu takut tak lepas)
5. Minyak bayi
(dari anak sulung aku pakai minyak cap piala, tapi ramai yang pakai minyak yuyi..) boleh dibeli di farmasi cina/sensei
6. Selimut baby
(beli utk yang sulung insyaAllah leh pakai sampai skrg..aku ada 2 jenis dan dua2 berguna..1 jenis yang bulu kambing tu, 1 lagi jenis yang cotton tu.. nie penting especially baby dalam usia harian/mingguan, sbb lepas mandi/nak tido/malam mesti la nak kena selimut kan)
7. Tuala
(biasa beli jenis Anakku/Pureen... yang mcm2 kaler tu..ada putih ada pink ada biru, beli lebih pun tak apa sbb nnt nak bagi kat nursery atau baby sitter)
8. Diapers
(ini pun turun temurun pakai Mami Poko New Born, insyaAllah lembut dan tak ada ruam)
9. Krim Drapolin
(ini beli kat farmasi Guardian, untuk mengelak ruam atau kemerah-merahan di celah-celah..cthnya di paha, atau siku/ bahagian sulit bayi.. ini akan digunakan selagi anak pakai diapers.. jadi berbaloi kalau beli...better to prevent than cure.. )
10. Set tilam/katil
Ini boleh beli yang 1 set.. mcm skrg nie byk jual kat online yang ada ropol2 tu.. tapi tu kalau ada budget lebih..kalau nak senang cr kat bahagian bayi di shopping complex..cuma kena tgk material jugak takut baby panas lak kalau beli kain yang ala2 getah tu..kalau nak beli jenis kekabu lagi best dan empuk kan.. biasanya mak akan buatkan bantal kekabu utk baby.. jd tak la risau bantal tu tinggi..nnt sakit tengkuk baby.. baby yg baru lagi tak memerlukan bantal yang tinggi.. kadang2 tu just lapik kain batik je..
11. Set bantal berkembar dgn bantal golek
haa nie penting gak utk letak kat dlm kelambu.. sbbnya kalau letak dlm kelambu mcm tak berapa nampak nak monitor kan.. jd kalau bantal tu melekap antara satu sama lain tak la risau bantal naik atas baby..
12. Kelambu (rujuk gambar bawah)
Daku beli kelambu yang boleh zip dan lipat kalau tanak pakai tu.. (bukan jenis payung tu)..
13. Botol susu
Beli botol kecik sbb baby minum skit je.. kalau boleh beli botol yang plg kecik utk isi air masak.. pastu utk susu beli yang medium tu... sekarang dah ada jual botol BPA free.. selamat utk baby.. tapi zaman dulu2 kurang alert psl nie.. insyaAllah lps nie akan beli botol BPA free nie.. dah ada 6 dapat free masa beli pump hrtu..
14. Breast Pump
Nie boleh rujuk di entry breast pump, penting untuk dibawa ke hospital semasa nak bersalin tu, sbb utk first time breastfeeding mungkin perlukan bantuan pump utk keluarkan susu.. kadang2 bukannya baby terus pandai menyusu kan.. jd kalau dah stimulate dan kuar susu baru la baby leh nyusu
15. Toileteries
baby shower
sikat
baby oil
bedak
(biasanya tak pakai shampoo lagi utk awal2 nie.. tapi takpe beli je siap2.. baby shower, sikat, minyak zaitun (in case nak sapu kat kepala kalau ada putih2 kat kepala baby..kalau takde tayah la letak, kdg2 minyak zaitun nie leh guna utk urut2 baby, biasa beli jenis Pureen nie pun akan pakai lama..sampai anak dah besar utk letak kat rambut)
16. Tisu basah/baby wipes
(ni sangat penting utk lap kalau baby buang air, especially baru2..takkan nak basuh ngan air selalu kalau baru lahir tu..nnt sejuk)
17. Lampin
(in case nak selimut/bedung/lap2 bayi sbb lampin kan lembut)
18. Baby bouncer (rujuk gambar di bawah)
19. Liquid cleanser
(jenis Pureen, detergent basuh botol)
20. Besen mandi (tab)
21. Berus botol baby
22. Puting susu
(silicon, kalau nak yang lembut beli yang warna kuning jenis pigeon)
23. Storage
(utk isi semua barang2 di atas.. awal2 nie biasanya aku akan letakkan dlm storage box yang ada roda tu.. senang nak tolak ke sana ke sini.. )
24. Tikar getah
(utk lapik waktu nak tukar diaper baby, takut basah tilam)
Kurang Priority (baby):
1. Stroller
(tunggu dia besar sempat beli)
2. Baby cot
(tapi daku dah beli utk anak sulung.. byk belanja nye kalau beli baby cot nak kena beli tilam.. pastu tingin nak beli kelambu rambu ramba pulak..pastu kena beli stand utk kelambu..kena beli circuiting utk elak bayi terantuk, jd bukan priority la.. baby pun rasanya kurang selesa kalau awal2 sgt tido kat cot), kadang2 kita sendiri tak selesa asyik risaukan baby kot dia muntah dlm cot tu tak nampak la pulak kan.. sbb ada bumper pad..)
3. Play pen (rujuk gambar)
4. Baby car seat
(ini maybe akan dipakai, tapi bukan dlm masa berpantang kan.. )
5. Buaian (rujuk gambar)
(jangan beli yang bentuk curve tu..beli yang stabil macam empat segi..sbb dikhuatiri akan terbalik kalau baby dah berat..)
5. Beg baby
utk isi peralatan bayi.. (bukan priority sbb kadang2 org akan hadiahkan..nnt byk pulak.. lagipun beg nie kegunaanya utk hantar ke nursery/baby sitter... after 2 months la kan)
Kelengkapan ibu
1. Maternity pad
(jenis Pureen's Madame. lembut)
2. Nursing pad
(ada 2 jenis, kain/disposable) kalau kain tu boleh basuh tapi tak melekap..kalau disposable melekap..tak mudah jatuh)
3. Barut ibu
4. Jamu/ubat bersalin
(daku makan Nona Roguy, Phytonatal sahaja, sbb nye tak biasa makan jamu, breastfeed biasanya tak digalakkan makan jamu awal2 sbb nnt akan affect baby..panas)
5. Stokin ibu
nie byk pun takpe..sbb akan pakai masa dlm berpantang..jd tak payah sibuk2 nak kena basuh hari2..
Saturday, September 10, 2011
Thursday, April 14, 2011
cinta kami

alhamdulillah....tiada jata dapat dilafazkan hanya kesyukuran memanjat padaMu yang Esa. Semoga dengan kehadiran kurniaMu ini dapat mengeratkan lagi hubungan kami. Semoga juga ummat Mu ini akan lahir dengan iltizam yang penuh di dada untuk menegakkan agamaMu ya Allah.......
5hari lepas, aku terselak helaian surah Al-Furqan.... sangat syahdu pengertian makna surah ini.... menceritakan bagaimana penentangan yang dilakukan oleh orang kafir terhadap dakwah Rasulullah s.a.w. Terlintas dibenakku akan nama surah ini...al-Furqan...... sangat manis bunyinya....tambahan pula maksudnya adalah nama lain untuk al-Quran.... InsyaAllah sekiranya aku dikurnia zuriat lelaki...dengan keizinanNya...aku akan meletakkan nama Furqan...semoga dia bakal menjadi seorang penegak Agama dan corak hidupnya dipimpin oleh al-Quran dan sunnah....amin...
Friday, April 1, 2011
permata hatiku
Syukur ke hadrat Ilahi......
27 mac 2011...... perasaan teruja untuk memeriksa apa yang terjadi pada hormon aku makin melonjak-lonjak. Semua simptom dah ada.....2 hari ini asyik penat badan, terasa macam nak muntah, buat perkara pelik.....

MY NEW LIFE
alhamdulillah......
Tepat jam 10 malam, 1 rabiulawal 1531 bersamaan 4 februari 2011 jatuh pada hari jumaat, maka dengan secara rasminya aku bertukar status dari Cik pada Puan.
Di saksikan oleh semua sanak-saudara oleh kedua belah keluarga kami...hanya dengan sekali lafaz aku sah sebagai isteri kepada ISMARUDIN ISMAIL. Terima kasih abang di atas sebuah penghidupan baru buat ayang.
Abang menitiskan air mata tatkala lafaz yang dikeluarkan telah disahkan oleh babo.... walaupun ada sedikit kesilapan semasa melafazkan akad nikah tetapi sekiranya babo yang telah sah kan semua orang yang menyaksiaknnya pun mengesahkannya...maka barokallah....

Saturday, March 26, 2011
Amalan
Assalammualaikum wbk.
Terlebih dahulu izinkan saya panjatkan rasa syukur dan puji-pujian ke hadrat Allah swt. di atas restu dan izinNya yang mengatur dan memberi kekuatan untuk terus menyumbang dan bersama-sama para sahabat yang dirahmati. Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad ibni Abdullah saw., kepada para ahli keluarganya dan para sahabat baginda, para tabi’in dan tabi’ attabi’in serta seluruh muslimin dan muslimat yang dirahmati dan dikasihi Allah swt. Kepada semua penggerak wadah egroups tercinta, saya doakan agar kalian terus-terusan mendapat panduan, kerahmatan dan bantuan dari Allah swt. Tidak lupa juga salam kerberkatan untuk semua sahabat yang lain yang mencintai akan kebenaran dan memperjuangkan akan keadilan. Dan kepada sahabat yang bukan beragama
Islam, salam ceria dan sejahtera diucapkan.
Berikut saya sisipkan zikir dan doa pelembut hati sebagai panduan kita semua yang memerlukannya, insyaallah.
Zikir Dan Doa Pelembut Hati
1. Zikir Pelembut Hati
Zikir ini elok dia amalkan oleh isteri-isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut:
Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir
Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekira-kira suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan. (Zikir ini juga boleh diamalkan untuk melembutkan hati anak)
Selain daripada itu amalkan doa ini:
"Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"
2. Doa Untuk Melembutkan Hati yang Marah
Pada orang yang marah kepada kita, contohnya suami atau boss di pejabat, agar lembut hatinya, bacalah dihadapannya Surah An 'Nisaa Ayat 84. (Sila rujuk Al-Quran)
Maksudnya: "Semoga Allah menahan kekuatan orang-orang kafir dan Allah yang lebih kuat dan lebih sangat siksaNya. Ya Tuhan yang Maha Pemelihara dan Maha Pemberi Keselamatan."
3. Doa Pelembut Hati
Wahai Tuhan yang Maha Pelembut. Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dikehendakinya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa (Asy Syuura –ayat 19 (42)
Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung (ALI’IMRAN- 200 (3)
Cara Beramal
1. Baca dalam doa selepas solat fardhu iaitu di samping baca doa-doa lain , tambahkan doa ini
2. Jadikan ‘amalan membaca doa ini secara istiqamah dalam doa selepas solat fardhu
3. Baca pada waktu malam semasa anak nak tidur atau sedang tidur.
Kaedah
i. Letakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri
ii. Istighfar 3 x kemudian niatkan dalam hati
Ya Allah lembutkanlah hati anakku
Ya Allah jadikanlah anakku ini anak yang soleh/solehah
iii. Kemudian baca doa di atas
iv. Dah habis baca doa tadi tiup umbun-umbun kepala , muka dan dada anak 3 X
*** Amalkan doa ini secara istiqamah, Insya Allah akan dapat keberkatan dan pertolongan dari Allah
*** Doa ini juga boleh di amalkan untuk diri sendiri dengan meletakkan tangan kanan di dada kiri dan baca doa di atas.
4. Doa Lembut Hati
1. Untuk melembutkan hati orang
a) Istighfar 3 x
Niatkan dalam hati: Ya Allah lembutkan hati suamiku dan berilah taufik hidayah kepadanya
c) Baca doa ini kemudian kejamkan mata, bayangkan wajah suami dan tiup pada tengkuknya 3 x
Nota: Amalkan setiap lepas solat fardhu

Saturday, January 1, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)