Friday, March 20, 2009

guru tuisyen : form 3 & 1 : geog n sejarah


Bermula 2 januari 2009 aku memulakan tugas dengan mengajar pelajar2 tingkatan 3. Tekad ku tinggi untuk mendidik mereka dengan berkesan agar mereka tidak ketinggalan. tetapi, kebanyakan yang menyertai kelas ini adalah dari kalangan yang mampu atau berada. Jadi mereka tidak kisah langsung berkenaan bayaran yuran dan kehadiran. Di mana silapnya? Adakah pendaftaran kelas tuisyen ini ats

perkahwinan amy, suzie & kemi












Ketika cinta bertasbih, ketika selawat dan salam di
bibir para makhluk di bumi, embun jantan menitik ke bumi, mulalah perjalanan kami dari Bangi ke Kelantan. Kami bertiga (aku, siti & qema) masing2 dengan kekuatan yang ada bertolak pulang ke kampung halaman dengan satu matlamat, satu tekad dan satu wawasan. Ingin berjumpa kedua ibubapa dan juga menghadiri kenduri kawan2. Bertolak jam 12 tgh mlm selepas habis melantak makanan dek kelaparan seharian bekerja. Tiba di Kuala Gris pada jam 7pagi.
Selepas sarapan dengna nasi berlauk, terus ku mengangkang dengan qema tidur di bilik tamu rumah sue ti. hanya lelapkan mata selama 1jam, aku bangkit jam 9 pagi untuk teruskan perjalanan ke destinasi.
Destinasi yang pertama ialah ke rumah Amy. Kemeriahan telah terasa setibanya di perkaranngan rumah. Malas dah nak buat ayat2. nanti sambung. sekarang nak terus gtau yang aku g umah suzie plak petang tu. esokmye ke rumah kemi dan lusa ke kesedar dan terus ke KL dengan qema shj. ok ni jek gambar yang aderr.

Tuesday, March 10, 2009

Perkahwinan Asri Nasir( tok ayoh)



Tanggal 6 Mac 2009, tamat la sudah zaman bujang kawan aku ni. anyway tahniah Seri dan selamat pengantin baru untuk mu dan khairiah(kay). nanti masa aku kawin jangan tak datang lak. sekitar majlis sambut menantu rumah seri 9 mac 2009 (isnin),kami berkumpul ramai-ramai(tapi, tak berapa cukup lah, almaklumlah ramai yang tak cuti, masing2 kerja). yang ada ayu, aku, maizun, sanah, syawal, suami nye fikri dan anaknya husna. yang terlewat dan kami tak sempat jumpa si mak ju. almaklumlah mungkin datang dengan tunang kot, sampai lambat sangat nak tiba dari terengganu. di sini aku selitkan sedikit gambar untuk tontonan sahabat.

My baby....Luv u all











tanam bunga merata-rata,
biar dihinggap si kupu-kupu;
walau anak2 jauh di mata,
namun kalianlah ratu hatiku.

1)Nuzul arshad sham basari
2)Ahmad Darwish Iman Shamsul Maarif
3)Ahmad Rayyan Faris Muhammad Yazid
4)Naufal Abas Sham Basari

Time to REST with oficmate



Inilah kerja kami sekiranya tiada apa2 untuk dilakukan dihujung minggu. tapi, kebiasaannya, kami tiada hujung minggu. Hujung minggu kami juga kadang2 hari bekerja....tambahan pulak aku sekarang ni dapat projek di KESEDAR Kelantan. So, hujung minggu ke Kelantan. Bukan balik kampung, tapi dasar kerja, maka dengan ini kecekapan aku membawa kereta pun turut meningkat. Aku suka aktiviti lasak...tapi masa tak mengizin untuk pergi masuk hutan lagi.... so, kami hanya berkayuh di taman botani Putrajaya lah... seciput dekat dengan UKM. ye la.. nak gi jauh2 tak ada masa. Perancangan banyak, tapi kesempitan masa tidak membenarkan.Tapi, luang atau tidak masa kita, kita perlu untuk luangkan masa walau sedetik cuma untuk ahli keluarga... tanpa mereka siapalah kita. masih adakah kesempatan kiranya mereka tiada lagi di sisi? Masa itu sama untuk semua 24jam tiada lebih, tetapi yang membezakan kita hanyalah pengurusan.

Salam

Tuesday, March 3, 2009

Monday, March 2, 2009

Bahan Bacaan


Bahan pertama :Body Language, Julius Fast

emmm.... banyak yang perlu kita tahu dalam sesebuah perhubungan. tidak kira persahabatan, percintaan dan apa sahaja title di antara hubungan tersebut. bahasa badan terkadang membantu anda untuk membuat keputusan.

Bahan ke 2 : Doing ur research project

Yang ni kalau tak di paksa untuk buat action research tiada lah maknanya untuk membaca sebagai liburan.hehehehe.... ape2 pun that the greatrs book that i borrw from the lib UMS. ITS GUIDE ME FOR THE 1ST TIME RESEARCHER in education.

Bahan ke 3 : Iqbal

Why? its mean anything 4 me? no, coz i want 2 know someone special like Iqbal in this book. I just wanna compare the kognitive btween them. uhuhuhuhuhu.. its not fare i think. coz Iqbal in this book is a big name in this world in the philosophy's world. yang membanggakan Iqbal adalah antara nama yang menaikkan University Osmania, hydrabad..waaaaaaaaaaaa aku dah sampai di sana. Bangga..melihat tempat tokoh besar mendidik..but u know friend? that universiti, one of the old uni in the world but doesnt hv enough facilities..so poor...

Bahan ke 4 : Kerusi

sebuah buku yang aku kagumi, pertama kali dalam hidupku mengenal erti sebuah sastera.... komsas SPM...ku tatapkan sekali lagi untuk mengimbau kisah yg lalu. walaupun ku kecundang namun penjiwaan untuk menghayati sastera dan mengaguminya amatlah tinggi..... akan ku cari lagi

Bahan 5 : DASAR PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA : SUFEAN HUSSIN

Ilmiah pula, bahan ini untuk memanhopkan lagi profesen perguruan aku. untuk aku memahami kesukaran sebuah perjuangan dahulu untuk menjadikan sistem pendidikan kini. Sukar untuk dinilai sebuah sejarah. seperti telah direncanakan cuma perlu direalisasikan. Menarik jika ada sutradara di Malaysia seperti di Indonesia. Laskar Pelangi...sebuah kisah yang berkaitan dengan sistem pendidikan di Indonesia.. hampir sama dengan Malaysia, namun kita tiada yang menggarapkannya sebagai sebuah cerita.