Tuesday, March 10, 2009

Time to REST with oficmate



Inilah kerja kami sekiranya tiada apa2 untuk dilakukan dihujung minggu. tapi, kebiasaannya, kami tiada hujung minggu. Hujung minggu kami juga kadang2 hari bekerja....tambahan pulak aku sekarang ni dapat projek di KESEDAR Kelantan. So, hujung minggu ke Kelantan. Bukan balik kampung, tapi dasar kerja, maka dengan ini kecekapan aku membawa kereta pun turut meningkat. Aku suka aktiviti lasak...tapi masa tak mengizin untuk pergi masuk hutan lagi.... so, kami hanya berkayuh di taman botani Putrajaya lah... seciput dekat dengan UKM. ye la.. nak gi jauh2 tak ada masa. Perancangan banyak, tapi kesempitan masa tidak membenarkan.Tapi, luang atau tidak masa kita, kita perlu untuk luangkan masa walau sedetik cuma untuk ahli keluarga... tanpa mereka siapalah kita. masih adakah kesempatan kiranya mereka tiada lagi di sisi? Masa itu sama untuk semua 24jam tiada lebih, tetapi yang membezakan kita hanyalah pengurusan.

Salam

No comments: