alhamdulillah..lega sudah aku bila tamat micro teching td pagi. banyak cabaran yang aku lalui dalam menempuh tempoh untuk pengujian MT oleh Dr Tan. Almaklumlah 20% dan ini lah penentu kepada pandangan pensyarah/penyelia kau nanti bila LM.
Pertama halangan yang aku alami dalam menyiapkan tugasan ini ialah, pada malamnya tiada rangkaian internet dirumahku kerana hujan n ribut yang kuat di KK. Sedangkan ketika itu aku buntuhkan internet untuk aku menambah ilmuu pengetahuan berkenaan topik yang akan aku ajarin serta penambahan gambar untuk sesi P & P. huhuhuhuhu sedih sangat bila bangun sahur jam 330pg bukak l.top masih juga tiada internet..aku psrah..buat sahaja yang mana ada bisikku di dalam hati. Bila sudah siap lega 1. Nak print out lagi lepas ni.Hajat dihati nak ponteng kelas 8-10 nanti.hehehehehee
cabaran ke2: bila aku sudah siap pakai2 cantek utk meyakinkan diri di depan pelajar. aku turun ke kereta seperti biasa untuk panaskan kereta sebelum semua turun. Malangnya nasib amu sekali lagi aku diuji kesabaran dengan kereta yang rosak.selama 1jam aku mintak tolong azlizan n azri jiran tetangga ku untuk melihat kereta dan borhan ku hubungi untuk bantuan. 1jam usaha yang dikerah, tapi tiada hasil, kereta tidak juga mahu hidup. Dalam hujan yang tidak henti2 dari semalam, aku berterima kasih pada mereka berdua dan kami ke sekolah dengan menumpang kereta borhan. tq borhan..kau lah sahabat di dalam susah dan senang. Jasamu tak dapat aku balas. Semoga membalas segala jasa baek kau.
aku redha atas ujian yang Kau berikan. aku terima ujian ini dengan lapang dada. Mungkin Allah sedang menguji kesabaranku. aku panjatkan doa di setiap langkahku. aku titipkan rintihan hatiku padaMU. mungkin kerana kelalaianku yang mengejar keduniaan sehinggakan ku melupai bulan ini untuk ku kejar segala pahala yang kau bukakan untuk ummat Mu.
Segala cerih perih yang aku lalui semuanya telah terbalas tatkala aku menjalani ujian MT. Sebelumku melangkah kumat kamitku memohon doa dariMu untuk mempermudahkan segala urusan kerja ku. Terima kasih K'lah kerana menitipkan doa buatku.
Dr Tan memuji kebolehan aku dalam mengajar namun begitu terdapat juga kesilapan yang aku alami. RPH ynag tidak lengkap. Itu adalah balasan dari kerja last minute aku yang aku amalkan dari ijazah dl. Perlu ubah dari sekarang. tetapi hari ini , ceritera ku habis dengan gembira, MT aku lulus, kereta telah dibetulkan, assignment untuk hantar esok(falsafah) juga baru shj siap. cuma aku perlu stay up lg mlm ini untuk Pentaksiran Pembelajran. Esok Prof Pang nak adakan Midterm test. Ape2 pun rehat perlu ada. Nanti demam pulak di musim2 cuaca yang x menentu ini.
ok. nak stadi...salam ukhwah
No comments:
Post a Comment