alhamdulillah....
itu yang termampu ku ungkapkan.....sujud syukur ku pada Ilahi atas petunjuk dariNya. manis takkan ada tanpa didahului kepahitan. Walaupun pahit sukar ditelan, namun harus dan wajib ku terima sebagai insan muslim. Insan yang bertaqwa akan menerima qada' dan qadar dariNya. Ya, itulah yang harusku lakukan. "Barang yang lepas jangan dikenang, kalau dikenang merajuk diri" lirik lagu Allahyarham P.Ramle amat mengena dan menepati situasi ku. Hujan yang membasahi bumi seakan-akan air mataku yang mengalir tatkala mengenangkan kisah cintaku yang lalu.... cukuplah, hapuslah, pergilah air mata...mulai saat, detik dan minit ini tidak akan ku kenang lagi. Sekali melakukan kesilapan boleh dimaafkan tetapi dua kali melakukan kesilapan adalah seorang yang rugi. Bak kata satu pujangga Gunung Fuji oleh Suguro Sensei, "Ichido noboranu baka, nido noboru baka". Maksud tersurat, "Sekali tidak pernah mendaki (Fujisan), bodoh. Dua kali mendaki, juga bodoh." Fikir-fikirkan.
EPISOD 2
Berada di bumi di bawah bayu, telah banyak mengajarku erti kesabaran, ketaatan, kesungguhan dan kekeluargaan. Segala yang tidak terlihat Tuhan nampakkan. Segara yang tersirat Rabbul Izzati tonjolkan. Doa yang kutitipkan saban hari tatkala kaki mejejak ke bumi borneo ini didengari olehNya. 'ya Allah, kiranya kau jadikan aku untuk dia, kau perkenankan dan permudahkan jalannya, jika dia bukan untukku, kau tunjukkan lah dan bayangkanlah". Saban hari ku titipkan doa, kesabaran memuncak sehingga keluarga ku hairan mengapa aku mampu bersabar begitu lama oleh kerana cinta yang pada insan yang tiada talian. Namun, itulah aku, sekali orang menghulurkan kasih, akan ku balas berganda-ganda. Adakah langkah ku silap? silapkah aku menyayangi insan melebihi diriku? YA! itu satu kesilapan, kesilapan yang baru ku sedari. Dahulu aku buta, aku takut di tinggalkan, aku takut hidup tanpa cintanya. Tapi sampai bila? sampai bila aku yang perlu bertahan, menahan dan ditahan? Oh, hati jangan kau ratapinya lagi....pergi..pergi..pergi jauh dari sanubari dan kotak ingatanku. Keputusan pemutusan telah dibuat, aku terima dengan tidak redha, 2 minggu yang memeritkan. Tidurku dengan air mata, lena ku dengan BENA(ubat batuk). Ke sekolah ku dengan longlai, mengajarku dengan terpaksa. Diketika ini, keluargalah tempat ku bergantung, sahabatlah tempatku menumpang...... airmata sukar dibendung, mudahnya tertumpah pabila disentuh. Ya Allah...ampuni aku...aku bukan insan yang tidak menerima qadarMu, aku cuma lemah...aku bangkit atas dasar keimanan yang di tanam, aku ada agama....kenapa perlu aku tangisi semua ini? Kerana Allah telah berkata, semua yang ada di atas dunia ini adalah pinjaman semata-mata. Bila-bila masa Dia akan ambil, ia inilah antara barang yang diambilnya dariku. Satu teguran dan peringatan dariNya. Ini yang menguatkan aku. Aku bangkit dari sejadah, aku bangun dengan penuh semangat. Aku kini berdiri seperti dahulu, ku kuatkan azam...SAMARINA tidak pernah kalah!
No comments:
Post a Comment